Diabetes / Kencing Manis
Diabetes / Kencing Manis
Penyakit diabetes atau sinonim dikenali sebagai kencing manis adalah keadaan di mana tubuh badan tidak boleh menguruskan gula dengan sempurna, menyebabkan tahap gula darah berlebihan. Penyakit ini antara penyakit 3 serangkai yang popular di Malaysia. Di bawah adalah antara pilihan rawatan yang mudah untuk diamalkan.

Bahan 1:
1. Madu 2 sudu teh

Cara:
• Madu diambil 2 kali sehari sebelum makan: pagi (selepas bangun tidur) dan malam.
• Amalkan 2 kali sehari

* Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan air.



Bahan 2:
1. Madu 1 sudu besar
2. Kulit kayu manis 3 batang
3. Lemon 1 biji
4. Air 1 liter

Cara:
• Hiris lemon dan campurkan lemon dengan kulit kayu manis ke dalam periuk
• Masukkan air dan rebus hingga mendidih
• Minum 1 cawan pagi dan malam



Bahan 3:
1. Madu 5 sudu besar
2. Buah kurma ½ kilogram

Cara:
• Kedua-duanya dicampurkan
• Ramuan ini cukup untuk dimakan 2 kali: 2 kali sehari atau 3 kali sebelum makan

*Boleh ditambahkan banyaknya, jika belum berkesan dan hendaklah dimakan berterusan sehingga sembuh




Bahan 4:
1. Madu 3 sudu besar
2. Pohon pegaga (yang berdaun besar): semua bahagian 1 genggam
3. Air kosong 4 gelas

Cara:
• Pegaga dibersihkan, direbus dan ditapis
• Kemudian dicampurkan dengan madu
• Di minum 1 sudu besar, 3 kali sehari



Bahan 5:
1. Madu 3 sudu besar
2. Pilih 1 atau 2 daripada bahan-bahan berikut:
(a) Akar hempedu bumi
(b) Akar tunjuk langit
(c) Akar permaisuri
(d) Akar binjai gajah
(e) Akar kacang butir
(f) Buah delima (dibelah dua)
(g) Biji buah pala
(h) Pelepah betik
(i) Perahan limau nipis
(j) Daun asam gelugur
(k) Akar petai
(l) Akar jering (dan kulitnya)
(m) Akar kerdas
(n) Akar cekak manis gajah
(o) Akar nipah
(p) Akar cermai (dan pucuknya)
(q) Akar teberau (dicampur sedikit garam)
(r) Kacang sekoca

Cara:
• Campurkan dengan madu
• Minum 1 sudu besar, 3 kali sehari


Insyaallah. Kita hanya ikhtiar, Allah yang menyembuhkan. Wallahua'lam